Tiga lelaki cedera kenderaannya langar tiang elektrik di Jalan Tanjung Lipat

KOTA KINABALU : Tiga lelaki mengalami kecederaan selepas kenderaan mereka naiki hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik dalam kejadian kemalangan di Jalan Tanjung Lipat menghala ke Yayasan Sabah di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa pertama berjaya dikeluarkan orang awam manakala dua lagi mangsa tersepit di dalam kereta kemudiannya berjaya dikeluarkan pasukan Bomba.

Katanya, dua Mangsa tersebut di hantar ke Hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang mangsa di hantar Unit EMRS dalam kejadian kira-kira jam 5.00 pagi.

“Pihak bomba bersama kekuatan seramai 14 orang anggota serta lojistik bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggillan kecemasan kira-kira jam 5.20 pagi.

“Bomba sampai ke tempat kejadian jam 5.26 pagi mendapati sebuah kereta jenis camry bersama dua mangsa masih tersepit dalam kenderaan terbabit, manakala seorang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua mereka yang cedera berumur 20 tahun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Pasukan Bomba membuat pemeriksaan di tempat kejadian untuk memastikan tiada bahaya lain manakala operasi dilaporkan tamat kira-kira jam 6.13 pagi tadi.