TEKUN Nasional peruntuk RM5 juta untuk usahawan pasar tamu – Ewon

KOTA BELUD: TEKUN Nasional memperuntukkan RM5 juta untuk disalurkan kepada usahawan pasar tamu melalui Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata seramai 1,000 usahawan dijangka mendapat manfaat daripada skim itu yang menyediakan pembiayaan hingga RM5,000.

“Pembiayaan ini juga terbuka kepada usahawan informal, peniaga kecil-kecilan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka boleh mengisi borang pengesahan perniagaan tanpa mengemukakan borang pendaftaran perniagaan SSM.

“SPUT ini ialah pembiayaan mikro berkumpulan bagi usahawan pasar tamu untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40 khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan selepas melancarkan SPUT di sini hari ini.

Pada majlis sama, seramai 25 usahawan SPUT di Kota Belud menerima cek pembiayaan yang secara keseluruhannya berjumlah RM109,000.

Ewon berkata sehingga kini, sebanyak 57 usahawan telah mendapat pembiayaan SPUT iaitu 41 usahawan Sabah dengan jumlah RM177,000 dan 16 usahawan Sarawak dengan pembiayaan berjumlah RM75,000.

Beliau berkata usahawan di bawah SPUT juga akan dilindungi oleh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai perlindungan insurans kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

“Skim pembiayaan ini menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan tertaluk kepada terma dan syarat pembiayaan TEKUN,” katanya.

Sejak diwujudkan pada 1998 hingga Februari 2023, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan kepada 548,473 usahawan dengan nilai RM8.17 bilion di seluruh negara.