KOTA KINABALU: Polis berjaya merampas syabu seberat 10.4 kg dianggarkan bernilai RM360,000 di kawasan perumahan Taman Sri Rugading Tuaran, di sini hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh bin Dikun, berkata kejadian dilaporkan berlaku jam 10 malam dimana suspek seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dipercayai memandu kenderaan jenis pacuan empat roda ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berjaya merampas satu kotak berisi dadah.
“Selepas siasatan lanjut dijalankan dadah tersebut disyaki jenis Methamphetamine (Syabu) dengan berat kasar 10.4Kg bernilai lebih kurang RM360,000 di dalam bonet kenderaan dipandu suspek.
“Saringan awal air kencing turut dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Meth dan Amp. Suspek kemudiannya bagi siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu di Auditorium Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Jauteh berkata, tangkapan dan rampasan ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati dan mandatori.