Stor simpanan kabel SESB terbakar

KOTA KINABALU : Sebuah stor penyimpanan kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Batu 7, Jalan Tuaran terbakar, hari ini.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.50 tengahari dan melibatkan kabel SESB yang disimpan di stor tersebut.

Menurut kenyataan SESB, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkaitan.

SESB akan memberikan makluman terkini sejurus selepas mendapat maklumat lengkap berkaitan kejadian ini kelak.