SOP Fasa 2 PPN untuk Sabah akan diumum esok

KOTA KINABALU: Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk Sabah hanya akan diumumkan secara rasminya esok (10 Julai), walaupun ianya telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi.

Ini dinyatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, di dalam WhatsApp grup Public Alert.

Terdahulu, SOP Fasa 2 PPN untuk Sabah yang dikeluarkan oleh MKN menyatakan antara lainnya Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan kembali dikategorikan sebagai satu daerah, bukan lagi daerah berasingan.