SMS maklumkan temu janji dos penggalak

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan dua kaedah memaklumkan tarikh temu janji dos penggalak kepada individu yang layak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kaedah pertama memberikan mesej menerusi pesanan ringkas, manakala kedua dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Bagi mempercepat lagi pemberian dos penggalak ini, KKM memberi pemakluman kepada penerima dos penggalak dengan penghantaran tarikh temu janji melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera.

“Masyarakat diingatkan untuk sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing supaya tidak terlepas tarikh temu janji yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju untuk menerima dos penggalak atau tidak.