KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabatnya hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mohd Shafie mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim di atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Katanya, Malaysia perlu bangkit dan bersedia dengan pelbagai cabaran khususnya kos sara hidup yang semakin meningkat akibat dari ketidaktentuan ekonomi dunia.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkeupayaan membawa negara kita keluar dari kemelut ini,” katanya hari ini.