SESB tingkatkan kapasiti Penjanaan Bekalan Elektrik ketika cuaca panas

LABUAN : Akibat cuaca panas yang melanda negeri sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berlaku ketika ini tlah memberi kesan terhadap permintaan tenaga elektrik.

Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) yang menyedari situasi ini telahpun mengambil langkah awal untuk menampung permintaan tenaga elektrik yang tinggi iaitu dengan melaksanakan kapasiti penjanaan bekalan eletrik sedia ada.

Ini termasuk menyewa set set janakuasa bergerak daripada pihak ketiga dan untuk dijadikan sebagai stesen janakuasa mini dan projek projek ada yang telah siap atau yang sedang dalam proses akhir untuk dioperasikan di Sandakan, Tawau, Lahad datu dan Labuan.

Menurut Pengurus Besar (Penjanaan) SESB, Ir Addie Ahmad, inisiatif awal untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 93 Megawatt (MW) telahpun mula dioperasikan secara berperingkat pada penghujung bulan Febuari lalu di Sandakan.

“Melalui inisiatif ini juga sebuah stesen janakuasa mini baharu yang terletak di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Enoe Labuan telah dioperasikan pada 18 Mac lalu dan mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 10MW pada satu satu masa,” katanya selepas melakukan tinjuan Pengoperasian Stesen Janakuasa Mini SESB di PPU Palau Enoi, dekat sini, semalam.

Tambahnya, dengan tambahan kapasiti 10MW ini dan stesen Janakuasa Patau Patau pula berkapasiti berjumlah 103MW, maka jumlah kapasiti penjanaan tenaga yang dihasilkan di Labuan adalah 113MW, manakala pengunaan elektrik diseluruh Labuan adalah dalam purata 60-69MW.

Katanya, baki tenaga yang terhasil dieksport ke Sabah menggunakan talian penghantaran menggunakan kabel submarine 132kV.

GAMBAR: Ir.Addie (tiga dari kanan) ketika melakukan tinjuan ke Stesen Janakuasa Mini SESB di PPU Palau Enoi, pada Kham