Selesai segera masalah bekalan air di Sepanggar – KM Sabah

Hajiji Noor (Gambar fail)

KOTA KINABALU (Bernama): Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor hari ini mahu masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di kawasan Sepanggar di sini diselesaikan dengan kadar segera.

Sehubungan itu, Hajiji berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab mencari penyelesaian jangka masa pendek dan panjang untuk masalah itu.

“Pasukan petugas ini akan melibatkan pengurusan (bekalan air) bagi Daerah Tuaran dan Kota Kinabalu… kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan jalan penyelesaian perlu disegerakan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata masalah bekalan air di Sepanggar adalah isu kritikal buat penduduk, malah beliau sendiri telah menerima aduan masalah bekalan air itu daripada penduduk di kawasan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan masalah bekalan air sejak yang dihadapi kira-kira 5,000 penduduk kawasan Sepanggar sejak beberapa bulan lepas.

SabahNewsToday

Leave a Reply