Katanya, setakat ini, semua SOP masih kekal termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran yang bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Tunggu pengumuman (perubahan SOP) esok atau lusa,” katanya dalam laporan portal berita FMT hari ini.
Terdahulu, hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan operasi kedai makan dan restoran dibenarkan bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, bermula esok.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.