Sabah wujudkan Pusat Angkasa Pertama di Asia Tenggara – Mohd Arifin

MEMBAKUT : Sabah dijangka mewujudkan pusat angkasa pertama di Asia Tenggara selepas siapnya kajian kebolehlaksanaan berjaya diluluskan dalam tempoh terdekat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pusat angkasa tersebut dijangka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan industri angkasa kepada anak tempatan di negeri ini.

Arifin semasa melawat pameran berkaitan STEM.

Katanya, pusat angkasa ketika ini dalam pelaksanaan kebolehlaksanaan diperingkat kajian sekali gus menunggu proses  akhir kajian. 

“Selepas itu, akan kita bawa ke kementerian untuk kita murnikan. Kemudian kita akan kemukakan hasil kajian ini ke kabinet Negeri Sabah untuk ulasan dan pertimbangan dalam tahun ini, kita akan dapatkan hasil kebolehlaksanaan berkenaan.

“Tujuannya lebih kepada menjadi pusat di peringkat ASEAN khususnya dari sudut pemasangan satelit, beberapa perkara serta melahirkan lebih kurang 300 produk berasaskan industri angkasa,” katanya di sini hari ini.

Robot yang menari mencuit hati pengunjung.

Mohd Arifin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pusat ini nanti akan banyak peluang pekerjaan serta perniagaan termasuk untuk menjadikan sebahagian daripada produk sains dan teknologi.

Sementara itu dalam perkembangan dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata, Sabah merupakan lokasi bersesuaian bagi pelaksanaan Pusat Angkasa Pertama di Asia Tenggara.

“Ia dijangka akan berpotensi besar untuk menghasilkan sumber ekonomi kepada negara.

“Selain Sabah menjadi lokasi pelancaran pusat ini, ia juga akan turut memberikan sumber pendapatan hasil kepada industri perkapalan di negara ini, jelas Mohd Hanafiah.

Arifin (tengah), Hanafiah 9dua dari kiri) dan Pegawai Daerah, Ibrahim Terki (kiri) merakamkan gambar kenangan Majlis Perasmian Mobile Exhibition 2025.

Menurutnya, melalui industri perkapalan di Sabah sudah ia akan memberikan ruang perniagaan kepada industri logistik dijangka akan diraih dalam lima tahun pertama. 

“Lepas tu, kita akan buat rangkaian macam KKIP yang kita panggil Space Industrial Park

“Jadi, semua itu nanti akan dibina di Sabah menjadi sebahagian ekosistem industri angkasa serta dijangka melahirkan lebih ramai warga tempatan untuk menceburi Sains dan Teknologi,” kata Mohd Hanafiah.