KOTA KINABALU – Sabah mencatat lonjakan pelaburan dan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menurut laporan khas hala tuju SMJ 1.0 (2021–2025).
Kerajaan GRS berjaya menarik minat pelabur asing dan domestik, dengan pelbagai projek utama diluluskan sepanjang 2020 hingga 2024. Peningkatan pelaburan ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi dan politik negeri.
Sektor pertanian terus menjadi tunjang ekonomi Sabah. Inisiatif SLDB berjaya meningkatkan produktiviti ladang dan hasil tanaman, manakala program penyelenggaraan ladang hutan SMJ (2020–2025) memastikan kelestarian alam sambil memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.
Sektor perikanan turut diperkasa melalui projek moden yang meningkatkan hasil tangkapan nelayan dan pendapatan mereka, sekali gus memperkukuh ekonomi rakyat pesisir.
Industri pelancongan Sabah mencatat lonjakan pengunjung domestik dan antarabangsa antara 2021 hingga 2024. Destinasi pelancongan yang terpelihara dan promosi efektif memastikan Sabah terus menjadi pilihan utama pelancong.
Dalam aspek tuntutan hak negeri di bawah MA63, kerajaan GRS berjaya memperoleh beberapa hak penting termasuk pewartaan rizab kampung, pemberian hak milik tanah, pemprosesan tanah “Bermuda” dan tuntutan minyak serta gas yang memberi manfaat ekonomi jangka panjang kepada rakyat Sabah.
Ikuti siaran kedua menyingkap kejayaan kerajaan GRS dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
