Sabah diramal hujan berterusan hingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk di beberapa kawasan dekat Sabah sehingga Ahad ini.

Ketua Pengarahnya, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan itu dijangka menjejaskan beberapa kawasan di Sabah diramal mengalami hujan berterusan kategori waspada bagi tempoh sama.

“Keadaan ini juga dijangka menjejaskan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang dan platform media sosial MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca atau atau melalui Talian hotline 1-300-22-1638.