26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

Sabah Dijangka Kutip RM2.45 Billion Royalti dan SST Sektor Minyak dan Gas

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dijangka mengutip dalam lingkungan RM2.45 bilion setahun secara berterusan royalti dan bayaran SST daripada sektor minyak dan gas berikutan kemasukan Petrochemicals (PetChem) dalam enakmen SST baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bergantung kepada pergerakan harga minyak, negeri Sabah boleh menjangkakan untuk mengutip jumlah royalti dan bayaran SST itu setahun.

Katanya, ini berikutan kemasukan PetChem dalam enakmen SST, Petronas Chemical membuat sumbangan tambahan RM10 juta untuk kepada kutipan SST negeri Sabah operasi SAMURnya di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Beliau turut mengesahkan bahawa Hibiscus Petroleum telah menjelaskan semua pembayaran SST tertunggak.

“Kami berharap untuk membangun serta mengembangkan perniagaan minyak dan gas dengan semua syarikat minyak dan gas dalam suasana perkongsian harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Gas Asli dan Pertukaran Dokumen Perjanjian Jual Beli Aset dan Perniagaan Gas di antara PETRONAS dan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan merangkap Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Hajiji turut mengesahkan bahawa cadangan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan cawangan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) kini telah berjaya dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTP dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Ini sekali gus akan meningkatkan lagi pembangunan modal insan Sabah dan keupayaan untuk menyokong sektor minyak dan gas (O&G) selaras dengan visi Sabah Maju Jaya.

”Saya juga berasa amat bangga dengan kemajuan dan pembangunan ini. Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS kerana menunjukkan komitmen serta sentiasa mendengar tuntutan Sabah terhadap industri minyak dan gas.

“Ini sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS dalam usaha memastikan apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyatnya,” katanya.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles