LABUAN : Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukan sebanyak RM24.55 juta untuk melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf serta penyelengaraan jalan raya di sekitar Labuan.
Menterinya, Datuk Seri Alxender Nanta Linggi berkata, peruntukan tersebut merupakan sebagai usaha kerajaan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna di jalan raya khususnya terdedah kepada kemalangan.
“Komitmen ini direalisasikan melalui pengeluaran 26 arahkan kerja kepada pihak konsesi dan 15 lagi Perolehan Kerja untuk pelaksanaan segera sepanjang tahun 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja menaik taraf Simpang 3, Jalan Mohd Salleh dan Jalan Penghulu Tuah di sini, semalam.
Nanta juga nengumumkan peruntukkan lebih RM1 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja melibatkan pelebaran jalan serta pemasangan sistem lampu isyarat dan pembinaan minor access road di Labuan.
