TUARAN : Sentimen akar umbi menunjukkan rakyat mahu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah bersama Pakatan Harapan (GRS-PH Plus) terus memerintah selepas Pilihan Raya Negeri akan datang.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajji Noor berlata, ini adalah sentimen rakyat, inilah inspirasi rakyat sekarang ini.
Katanya, mereka mahu GRS-PH Plus terus memerintah, dalam tempoh sama mahu parti tempatan menjadi dominan pada pilihan raya akan datang.
“Insyallah, Parti Gagasan Rakyat Sabah, GRS dan juga PH Plus akan terus memerintah selepas pilihan raya akan datang. Ya ada Warisan, parti tempatan tetapi mereka hanya pandai bercakap sahaja tidak pandai bekerja.
“Sejak menjadi Menteri Luar Bandar, jangan cerita Ketua Menteri selama dua tahun setengah, hala tuju pun tidak ada.
“Saya harus perjelaskan ini semua kerana ini hakikatnya mereka tidak pandai mentadbir Sabah. Saya tidak mahu rakyat dibuai dengan pembohongan dan fitnah oleh pemimpin-pemimpin tertentu di Sabah.Cukuplah kita bergaduh-gaduh dalam politik. Itulah sebabnya kita lambat membangun,” katanya.
Hajiji berucap sempena majlis penyerahan borang keahlian di Dewan Terbuka Kampung Kota di Tuaran hari ini.
Hajiji merupakan Presiden GRS berkata, beliau mengambil-alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah dalam keadaan getir dan semasa itu beliau juga dijangkiti COVID-19.
“Namun, dalam masa itu kita mampu memikirkan cara untuk membangunkan negeri Sabah termasuklah mengwujudkan hala tuju untuk memperkukuhkan ekonomi dan memertabatkan slogan jata negeri Sabah Maju Jaya.
“Saya ambil slogan Sabah Maju Jaya ini untuk kita perkasakan tetapi pemimpin pembangkang pula memperlekehkan dan menghinanya. Hakikatnya, hanya semasa Kerajaan GRS-PH Plus tercipta banyak kejayaan dan pencapaian cemerlang. Trek rekod kita amat jelas,” kata Hajiji.
Menurutnya, kerajaan memperkenalkan dasar mesra pelabur sekali gus mengadakan persidangan ekonomi antarabangsa pada tahun 2021 disertai lebih 30 negara.
“Ini belum pernah terjadi. Dalam masa empat tahun, kita berjaya wujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan.
“Hari ini kota mengalu-alukan kemasukan beberapa pemimpin akar umbi parti pembangkang ke dalam Gagasan Rakyat.
“Ini adalah satu perkembangan yang cukup baik kerana saya mahu supaya adanya perpaduan di kalangan masyarakat kampung di sekitar ini.
“Dari sana, kita akan dapat menjalinkan rasa silaturahim dan kerjasama yang baik diantara mereka,” tambahnya.
Beliau menerima borang keahlian baharu daripada bekas pemimpin Warisan Tuaran Omar Bawi Zainuddin, Matussin Saidi dan Ahmad Rawi serta Rafi Said daripada Umno Tuaran.
