PRU15: Hajiji sahkan tiada ADUN lain keluar GRS

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menolak dakwaan kononnya empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam gabungan itu  bertindak menyokong pihak lawan.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji berkata, setakat ini belum dapat surat peletakkan jawatan Datuk Wetrom Bahada sekali gus belum mengetahui status terkininya.

“Mana ada lompat. Saya tidak tahu yang satu ini (Wetrom Bahanda) lompat atau tidak. Belum lagi ada pengumuman rasmi daripada beliau,” katanya,

Beliau berkata demikian semasa ditanya tentang dakwaan empat lagi ADUN GRS dikatakan akan melompat.

Isu empat ADUN GRS keluar itu mula tular selepas ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Sabtu bagi menyertai Parti Warisan (Warisan).

Namun, penyertaannya ke dalam Warisan belum diumumkan secara rasmi oleh Wetrom yang dilihat bertemu dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam progam tinjauan mesra di Tamu Jalan Gaya pada Ahad.

Walau bagaimanapun, tiga daripada mereka iaitu Datuk Seri Ruddy Awah (Pitas), Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) sudah membuat penafian masing-masing.

Semalam, dalam pertemuan ADUN GRS dan Bersatu bersama Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua ADUN di bawah GRS kekal bersama gabungan itu dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Masidi, hanya seorang ADUN Bersatu tidak hadir pada pertemuan tersebut iaitu Datuk Rubin Balang (Kemabong) namun, beliau (Rubin) telah menyatakan pendirian untuk kekal bersama parti.