SEMPORNA: Polis menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki dan merampas 20.277 kilogram syabu dalam operasi di Jeti Umum di sini pada 3 Disember lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata nilai syabu yang dirampas dianggarkan RM1 juta cuba diseludup ke negara jiran.
Katanya Bertindak atas maklumat awam lebih kurang jam 6.30 pagi, sepasukan polis daripada Balai Polis Pulau Bum Bum dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Semporna (BSJND) telah menjalankan pemerhatian di Sekitar Jeti Umum Semporna.
Menurutnya semasa pemerhatian tesebut telah kelihatan tiga lelaki dalam bot kayu datang dari arah laut dan merapat ke tebing bebatuan bersebelahan dengan Jeti Umum.
“Seorang daripada lelaki berkenaan telah turun dari bot dan naik ke darat. Dalam beberapa minit kemudian lelaki tersebut kembali semula menuju ke arah bot dengan membawa dua beg bagasi dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berbahaya.
“Pasukan serbuan telah bertindak pantas menyerbu dan menahan dengan menjalankan tangkapan serentak ketiga-tiga suspek lelaki iaitu dua suspek warganegara tempatan dan seorang suspek warganegara asing berumur lingkungan 36 hingga 38 tahun.
“Menyedari kehadiran polis kesemua suspek cuba melarikan diri namun berjaya di tahan oleh pasukan serbuan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Farhan berkata tiga-tiga suspek berserta dua beg bagasi dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk pemeriksaan lanjut.
Kata hasil pemeriksaan terhadap (02) beg bagasi berkenaan telah menjumpai 20 bungkusan plastik hitam ketulan mampat bahan hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu.
Menurutnya setiap beg berkenaan mengandungi 10 bungkusan hitam yang mana anggaran berat kasar untuk setiap satu bungkusan hitam berkenaan adalah 1,000 gram.
“Anggaran berat kasar dadah disyaki Syabu yang dirampas adalah lebih kurang 20,227.42 gram yang dianggarkan bernilai RM1 juta.
“Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan ke negara jiran yang mana dianggarkan jumlah dadah satu kilogram dadah boleh digunakan seramai 5,000 orang penagih dadah,” katanya.
Beliau berkata turut di rampas adalah sebuah bot kayu dan sebuah enjin sangkut jenama Yamaha 15hp.
Menurutnya ketiga-tiga suspek kini di tahan reman selama tujuh hari dari 4 Januari lepas hingga hari ini dan kes di siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Mohd Farhan berkata ujian saringan awal keatas ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis Meth, bagi kesalahan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ke semua OKT telah dituduh di Mahkamah Semporna pada 10 Januari lepas serta tiada ikat jamin ditawarkan.
Beliau berkata pihak IPD Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di Daerah Semporna.
Katanya orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes diminta untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020 atau kepada pegawai penyiasat kes Insp Adzilee Suili.
Mohd Farhan berkatabpihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.