Polis Labuan tumpakan aktiviti curi label, kesalahan dadah

LABUAN : Sebanyak 12 kes kecurian kabel melibatkan Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaporkan dari Julai 2024 ke Januari 2025, mengakibatkan kerugian lebih RM88,000.

Ketua Polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim berkata antara dirampas sebuah kereta Toyota Harrier bernilai RM40,000 dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.

Antara kereta yang ditahan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.

Beliau berkata aktiviti itu didalangi lima kumpulan melilbatkan pesalah berulang dan individu positif dadah.

“Mereka terdiri daripada ll penganggur berusia lingkungan 20 hingga 53 tahun, kesemuanya mempunyai rekod jenayah lampau dan kes berkaitan dadah…polis masih mengesan lima ahli kumpulan yang masih bebas.

“Walaupun kes kecurian kabel sedikit meningkat berbanding 2023, situasi masih terkawal, kami memantau trend dan bekerjasama dengan pengusaha besi buruk untuk menangani isu ini,” Katanya di sini semalam.

Mohd Hamizi dalam sidang media di sini semalam.

Mohd Hamizi berkata, sebahagian suspek telah didakwa di mahkamah manakala yang lain akan didakwa di bawah pelbagai undang-undang termasuk Seksyen 414 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.