LAHAD DATU: Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan meneruskan aktivitinya menyampaikan bakul makanan kepada 550 Ketua Isi Rumah (KIR) selepas terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini hari ini.

Antara kawasan yang menerima sumbangan tersebut termasuk Taman Pertama Satu dengan kerjasama Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lahad Datu.
Kawasan Taman Pertama Satu dikenakan (PKPD) bermula 25 Ogos 2021 hingga 7 September 2021.
Kawasan Taman Perumahan berkenaan diwartakan sebagai kawasan PKPD susulan 22 kes positif Covid-19 dilaporkan di kawasan tersebut oleh kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hasil ujian saringan awal terhadap 55 individu.