PKPD: Dua lokaliti di Kota Belud, Sabah

KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Kota Belud, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa (29 Jun) sehingga 12 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua lokaliti itu membabitkan Kampung Nahaba Tegudon dan Kampung Linau.

“Ia selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlakunya peningkatan kes COVID-19 di mana sembilan kes positif direkodkan hasil dari 48 ujian saringan dijalankan di Kampung Nahaba Tegudon dan 11 kes positif direkodkan dari 15 ujian saringan yang dilaksanakan di Kampung Linau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PKPD Kampung Penimbawan, Tuaran, Sabah pula yang dijadual tamat esok dilanjutkan semula sehingga 12 Julai ini sementara enam PKPD di Sabah.

Katanya, PKPD ditamatkan itu termasuk lima sub-zon WP Labuan; Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud; Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri), Tawau dan Kampung Tanjung Kapor, Kudat di Sabah.

SabahNewsToday