PKPD di lima lokaliti di Sabah bermula Sabtu ini: Ismail Sabri

PKPD di lima lokaliti di Sabah bermula Sabtu ini: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di lima lokaliti di Sabah mulai Sabtu ini (26 Jun) sehingga 9 Julai, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata di Sabah lokaliti terlibat ialah Kampung Muhibbah, Menggatal di Kota Kinabalu; Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan (Tawau); Kampung Kuala Merotai (Kalabakan); Kampung Tahak, Membakut (Beaufort) dan Flat Indah Jaya (Sandakan).

“Pelaksanaan PKPD dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membendung jangkitan dari lokaliti ke kawasan lain dan memudahkan pemantauan ke atas penghuni yang dikuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

– BERNAMA