Penunggang RXZ cedera, rempuh Perodua Axia di Jalan Lintas

KOTA KINABALU : Seorang penunggang motorsikal jenis RXZ cedera selepas merempuh sebuah kereta di Jalan Lintas Metro Town, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, mangsa berumur 32 tahun kemudiannya di hantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan.

Katanya, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.59 malam tadi bergegas ke lokasi kejadian bersama empat 4 anggota diketuai Komander Operasi Wilfred Sulai.

Agustavia berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain di kawasan kemalangan, operasi ditamatkan pada jam 8.50 malam tadi.