Penunggang dan pembonceng motosikal maut berlanggar dengan kereta di Semporna

SEMPORNA : Dua maut selepas motosikal melanggar kenderaan pacuan empat roda ketika membuat pusingan u di Jalan Tampi-Tampi Simpang Lauhari Semporna dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, penunggang motosikal lelaki berusia 20 tahun manakala pembonceng 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kenderaan pacuan empat dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 50’an membuat pusingan u dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah belakang.

“Pemandu kenderaan ditahan untuk
membantu siasatan manakala kedua kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Semporna untuk tindakan selanjutnya.

“Polis akan menyiasat kes dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun.

“Jika sabit kesalahan pemandu tersebut boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM5,000,” katanya dalam kenyataa.

Mohd Farhan berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, dan ditalian 089-782020 balai polis Semporna atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Ibubapa turut dinasihatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka ketika menunggang motosikal sekali gus memastikan mereka memakai topi keledar,” jelas Mohd Farhan.