KOTA KINABALU:Pengumuman Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 baru-baru ini menggambarkan pengiktirafan kerajaan terhadapkepentingan penjawat awam sebagai tonggak utama di antara kerajaan dan Keluarga Malaysia keseluruhannya.
Menurut Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Mohd Rahimi Abd. Karim, ia menggambarkan aspirasikerajaan supaya penjawat awam sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dalammelaksanakan dasar kerajaan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pemegangtaruh.
“Melalui gesaan agar penjawat awam menerap dan memperkasa budaya intrapreneurshipdalam organisasi awam, Perdana Menteri mengajak semua penjawat awam supaya lebihkreatif, inovatif dan responsif dalam menyelesaikan permasalahan dan memenuhi keperluanrakyat.
“Dengan menggangap organisasi awam sebagai sebuah entiti seperti syarikat yang mementingkan kecekapan operasi dan survival, penjawat awam boleh membantu kerajaanmeningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan sertamengoptimumkan penggunaan sumber dengan mengelakkan ketirisan dan pembaziran.
“Bantuan kewangan yang diumumkan Perdana Menteri seperti bayaran Kenaikan GajiTahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri dan kerajaan dalam membantupenjawat awam mengatasi kenaikan kos sara hidup dalam persekitaran ekonomi global yang masih mencabar,” katanya ketika ditemui media hari ini.
Beliau turut bersetuju yang bantuan kewangan itu sedikit sebanyak akan membantumeringankan beban penjawat awam terutama ketika awal tahun 2023 yang biasanyamemerlukan lebih banyak perbelanjaan berbanding bulan-bulan yang lain.
Tambahnya lagi, melalui peningkatan gaji dan bantuan awal tahun 2023 itu, kuasa belipenjawat awam akan bertambah dan ini bakal membantu merancakkan ekonomi negara apabila penjawat awam berbelanja.
Beliau turut berpesan agar penjawat awam dapat menggunakan bantuan khas kewangan itudengan berhemah.
“Mereka perlu berbelanja dengan bijak, dengan mengutamakan pembelian produk keluarantempatan dan meningkatkan tabungan atau pelaburan mereka demi masa hadapan.
“Penjawat awam tidak seharusnya berbelanja dengan boros atau menambah hutang baharuyang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko perangkap hutang dan kesulitan kewanganpada masa hadapan,” katanya