Pemindahan kawal selia bekalan gas ke Sabah satu langkah yang baik: Hajiji

KOTA KINABALU: Keputusan Putrajaya memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada Kerajaan Negeri sebagai satu langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam mengalu-alukan keputusan itu berkata, ini sentiasa menjadi aspirasi Sabah dan rakyat.

“Kerajaan Negeri telah bertegas dalam usaha kita untuk mengawal dan mengurus sumber minyak dan gas negeri.

“Kita telah membangkitkan keperluan untuk memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hajiji berkata, Perdana Menteri mengumumkan keputusan itu hari ini dan berkata, tarikh pelaksanaan pemindahan itu akan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Atas perkenan Yang di-Pertuan Agung, Dewan Undangan Negeri Sabah akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-undang Negeri Sabah.

Ini bagi pembekalan gas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas darat (regasifikasi, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di Sabah berkuat kuasa serta merta.