Pembangkang sedia teruskan MoU politik selepas 31 Julai

KUALA LUMPUR: Pembangkang bersedia meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu, selepas tarikh 31 Julai depan.

Anthony Loke (PH-Seremban), berkata pembangkang bersedia menjalin MOU 2.0 hingga tempoh pilihan raya umum (PRU) baharu diadakan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu melayan desakan sesetengah pihak supaya PRU disegerakan.

“Dengan angka jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini, adalah lebih baik PRU tidak diadakan dalam waktu terdekat.