Pelatih ILTP tekad belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi: Yakub

Yakub berbincang dengan kakitangan ILTP. Gambar oleh Azmi EJ

Oleh: Zakaria Damit
PAPAR: Semua Pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Papar perlu menetapkan sasaran untuk meneruskan pengajian mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, kejayaan bukan sesuatu yang boleh diwarisi dalam kalangan ibu bapa malah mereka perlu berusaha gigih, sekaligus mempunyai komitmen padu untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.

Yakub menerima cenderahati. Gambar oleh Azmi Ej

Katanya, pembelajaran merupakan proses berterusan ke arah disamping mampu menjadikan mereka menyumbang dalam mengukir kejayaan dalam bidang pelajaran mereka.

“Kita ingin menasihatkan mereka dalam usia muda ini…rebut peluang belajar sehingga di peringkat tinggi begitu terbuka luas bagi mencungkil potensi diri agar lebih responsif serta selari dengan tuntutan masa kini.

“Dalam mengharungi cabaran hidup semua pelatih perlu melengkapkan diri dalam pelbagai kemahiran termasuk dalam Teknologi Perisian Komputer (ICT) untuk memastikan mereka bersiap sedia dalam dunia tanpa sempadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan bersama Menteri dan Pelatih ILTP- JPSM serta Perasmian Surau Hidayatul Solihin di JPSM Kampus Papar, di sini hari ini.

Yakub menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian Surau ILTP. Gambar oleh Azmi Ej

Yakub menyeru agar pelatih bersedia untuk mengambil bahagian dalam pentas antarabangsa dan bukannya hanya sebagai penonton, malah sebagai pelakon utama dalam watak filem tersebut.

Sikap terlalu berpuashati pada perkara sedia ada perlu dikikis disamping menetapkan matlamat untuk menjadikan proses pembelajaran menjadi dinamik sehingga memperolehi Ijazah Kedoktoran di masa depan.

Dalam perkembangan sama Yakub menyeru agar semua pelatih memanfaatkan penggunaan Surau untuk memberikan faedah serta manfaat kepada masyarakat di sekitarnya.

“Kita ingin melihat pelatih ILTP JPSM ini mampu menjadikan Surau bagi memganjurkan majlis ilmu termasuk ceramah; forum; kelas pengajian agama serta kelas pengajian Al-Quran Fardu Ain sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply