Pelan KK dan Pelan Strategik DBKK 2023-2035 dilancar bagi realisasi agenda Hala Tuju SMJ

KOTA KINABALU: Pembentukan Pelan Kota Kinabalu 2035 serta Pelan Strategi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) penting bagi merealisaikan agenda Hala Tuju Sabah Maju Sabah (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, ini penting bagi merangsang pelaksanaan serta pencapaian kerajaan negeri yang digubal melibatkan dua inisiatif dalam pelan pembangunan negeri ini.

Abidin Madingkir

Katanya, inisiatif pelan ini merangkumi kepada merentasi segmen segenap lapisan masyarakat serta mempelopori agenda perubahan masa depan lebih cemerlang.

“Kepesatan proses perbandaran  secara berterusan membawa pelbagai cabaran serta perubahan baharu yang perlu dipikul oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ke arah mendepani semua cabaran ini khususnya selepas pandemik COVID-19, bandar raya Kota Kinabalu tidak boleh ketinggalan.

Abidin semasa melancarkan Pelan KK dan Pelan Strategik DBKK 2023-2026 di sini, hari ini.

“Sebaliknya perlu agresif melaksanakan pelbagai inisiatif menangani serta mengatasi semua cabaran dengan perubahan tersebut,” katanya semasa melancarkan Pelan KK dan Pelan Strategik DBKK 2023-2026 di sini, hari ini.

Teksnya ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Hadir sama Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip.

Hajiji berkata, Pelan KK 2035 adalah strategi kepada tindakan sedia ada serta menjadi rujukan utama kepada semua jabatan dan agensi bertanggungjawab kepada pembangunan Kota Kinabalu.

“Ia meliputì enam agenda dikenalpasti iaitu ketersediaan prasarana, kelestarian alam sekitar, kemakmuran siosio-ekonomi, kerangka bandar pintar.

“Selain itu tranformasi digital, keterangkuman seni dan budaya serta kecemerlangan dalam tadbir urus itu sendiri,” jelas Hajiji.

Beliau berharap agar kedua-dua pelan dilancarkan ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut keperluan di masa akan datang.

“Saya percaya pelan-pelan yang dihasilkan ini adalah bukti kesungguhan DBKK untuk mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian kepada pelanggan selaras ke arah Tranformasi kerajaan digital melalui hala tuju SMJ,” tambah Hajiji.