PBB berminat bekerjasama dengan Sabah dalam mengusahakan kemajuan pembangunan mampan

KOTA KINABALU: Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNCT) berminat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam memajukan pembangunan yang selari dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.

Penyelaras Residen PBB untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.

PBB berminat bekerjasama dengan Sabah dalam mengusahakan kemajuan pembangunan mampan.

Ini adalah misi pertama El Korri ke Sabah sebagai penyelaras residen PBB.

Dalam pertemuan itu, El Korri turut membincangkan cara untuk 22 agensi PBB di Malaysia mengukuhkan penglibatan mereka di Sabah dengan Ketua Menteri.

Beliau memberi jaminan bahawa Malaysia UNCT komited sepenuhnya untuk menyokong Sabah dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan rangka kerjanya.

Turut dalam rombongan El Korri ialah Ketua Pejabat Penyelaras Residen dan Perancangan Strategik Juanita Joseph dan Pakar Ekonomi Kanan, Dr Richard Marshall.