PAS Sandakan gesa orang ramai sertai program vaksinasi

SANDAKAN: PAS Kawasan Sandakan mengesa orang ramai menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi berusaha mencapai imuniti kelompok tersebut di daerah ini.

Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, perkara tersebut menjadi misi agihan bantuan kecemasan kepada golongan terkesan susulan pandemik Covid-19 di daerah Sandakan.

“Kita menyeru orang ramai untuk menyertai program vaksinasi ini bagi mencegah penularan penyakit COVID-19. PAS akan tampil menjalin kerjasama dengan pejabat kesihatan daerah untuk membantu pendaftaran orang ramai,” katanya.

“Program ini sangat penting untuk diperkasakan agar Sandakan mencapai 40 peratus tahap vaksinasi sekali gus membantu kerajaan negeri melepasi fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah mengajak orang ramai untuk menyumbang kepada Tabung Bencana Covid-19 yang dikelolakan PAS Sandakan dalam usaha membantu mereka yang terkesan sepanjang pandemik tersebut.

“Orang ramai yang berhajat untuk menyumbang boleh salurkan derma tersebut ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846,” jelasnya.