PAS rakam takziah keluarga mangsa kebakaran

SANDAKAN: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain menziarahi keluarga mendiang Lee Kiu Moi di Funeral, Batu 1, Sandakan dekat sini, semalam.

Mendiang yang juga ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sandakan, meninggal dunia pada usia 84 tahun akibat rentung dalam kebakaran di Taman Rajawali pada jumaat lalu.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada Lim Kui Chio atas kehilangan ibu, adik lelaki dan adik ipar mereka dalam kebakaran itu,” Kata Mustaman.

Tambahnya, mewakili PAS Sandakan dan Pemuda PAS Sabah melawat keluarga Lim Kui Chio sebagai tanda simpati dan kebersamaan dalam menghadapi musibah ini.

Terdahulu, jumaat lalu telah berlaku satu kebakaran besar di Taman Rajawali, Batu 7, Sandakan yang telah mengakibatkan 3 mangsa rentung.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sandakan, Isaac wong dan juga jawatankuasa DHPP yang lain.