LABUAN : Pangkalan Udara Labuan menang Anugerah Best Quarters of The Year 2024 sempena Hari Anugerah Kecermerlangan TUDM 2024 diadakan di Pangkalan Udara Sendayan baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil disampaikan oleh Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan kepada Komander Pangkalan Udara Labuan, Brig. Jen. Mohammad Taha Hamdan TUDM.
Naib johan dimenangi Pangkalan Udara Gong Kedak manakala ketiga dimenangi Pangkalan Udara Sendayan.
Anugerah Best of The Year bertujuan untuk meningkatkan mutu Pengurusan Rumah Kakitangan Angkatan Tentera (RKAT) LLP dan menyuntik semangat kerjasama antara pihak pangkalan dan penghuni RKAT.
Sementara itu sambutan Hari Anugerah Kecermerlangan TUDM diadakan setiap tahun menyediakan pelbagai anugerah.
Ini bagi meningkatkan kecekapan warga kerja TUDM sebagai menghargai prestasi cemerlang pegawai dan anggota TUDM yang mengharumkan organasasi TUDM diperingkat TUDM serta negara.
Antara anugerah lain disampaikan pada majlis itu Anugerah Projek Inovasi peringkat Antarabangsa, Anugerah Terbang Selamat, Anugerah Airman of The Year, Anugerah Best Quarters of The Year, Training Institute of The Year dan Squadron of The Year.
