LABUAN: Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman masing masing sebelum pulang ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Wilayah Persekutuan Labuan, Abdul Rahman Ali menasihati masyarakat Labuan untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, terutama sekali dalam pencegahan kebakaran di rumah sebelum meninggalkan rumah balik ke kampung.
“Masyarakat perlu sentiasa meningkatkan aspek keselamatan kebakaran terutama kepada mereka yang ingin meninggalkan rumah untuk balik kampung pada perayaan Aidilfitri berikutan risikonya lebih tinggi” katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan yang diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat JBPM Labuan, di sini, pada Khamis lepas.
Beliau berkata, kebanyakan kebakaran adalah melalui elektrik short circuit perlu ditutup agar tidak berlaku insiden yang tidak diingini terutama kebakaran rumah.
Pada program itu, seramai 50 asnaf dan fakir miskin diraikan dalam majlis Iftar dan sumbangan berupa duit raya dan bakul makanan.
Hadir sam pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.
