TAWAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan hari ini meluangkan masa mengunjungi keluarga kanak-kanak tiga tahun yang lemas di Kampung Batu 4.
Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas menyatakan rasa simpati kepada Ibu dan Bapa Arwah Mohd Adwa Iman Muhammad Iswan berusia tiga tahun.
Beliau berharap semoga keluarga mangsa tabah dan sabar dengan dugaan yang menimpa dan sebagai ujian dari Allah yang maha Esa.
Hadir sama, Pengawai Pembangunan Masyarakat Apas M Azirian Syah Ali.
Pada 25 Disember lepas, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa dikatakan bermain di belakang rumahnya sebelum dipercayai tergelincir ke dalam sungai terbabit.
Mayat mangsa, ditemukan orang awam pada hari berikutnya kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang pada 6.45 pagi.