MELAKA: Sepanjang tempoh seminggu berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka keadaan suasana masih sunyi.
Ini berikutan semua mereka yang bertanding mematuhi Standard Prosuder Operasi (SOP) khas yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tinjauan Sabah News Today mendapati perang bendara serta poster masih suram seolah-olah tiada berada dalam suasana keadaan PRN.
Ini bagaimanapun cabaran terbesar untuk calon dan lawan masing-masing ialah SOP khas yang ketat pada PRN ini.
Larangan penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal serta corak kempen konvensional lain.
Ini termasukalah seperti jelajah mesra dan ziarah rumah ke rumah sepanjang tempoh PRN berlangsung, memaksa pihak-pihak yang bertanding berfikir di luar kotak untuk menyampaikan mesej dan memperkenalkan calon mereka.
Meskipun kadar celik media sosial sudah semakin tinggi dalam kalangan rakyat.
Ia bukanlah satu-satunya pilihan yang ada tanpa kemeriahan suasana pilihan raya yang sinonim dengan aktiviti berkempen, ceramah, ziarah rumah ke rumah dan perarakan.
Beberapa wakil pembangkang menggesa SPR bertindak secara bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak sehingga mengeluarkan peraturan yang menyukarkan kempen PRN Melaka.
Mereka mendakwa SPR tidak ada mengeluarkan SOP baharu untuk dipatuhi oleh semua bertanding.
PRN Melaka menyaksikan peningkatan calon yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu kepada seramai 112 orang berbanding 85 calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Melaka.
Bukan sahaja jumlah calon, bahkan pertandingan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga meningkat seperti di Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertandingan enam penjuru berbanding tiga penjuru pada PRU14.
Esok memasuki minggu kedua berkempen menjelang hari pengundian pada 20 November sekali gus berkemungkinan suasana akan berubah.