Miliki Senjata Tajam Warga Asing Di Tahan Polis

TAWAU: Polis menahan lelaki warga asing ditahan dipercayai memiliki beberapa senjata tajam di kawasan Kampung Kalumpang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 40 tahun itu ditahan selepas dipercayai beberapa bilah senjata tajam di dalam beg galas yang dibawa suspek.

Katanya, ketika ditahan, suspek dilihat sedang merayau menggunakan motosikal berada dalam keadaan mencurigakan di kampung berkenaan.

“Polis kemudiannya menahan serta membuat pemeriksaan ke atas barang yang dibawa oleh suspek terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemuikan lastik getah dan lima batang senjata jenis ‘flying feather’ di dalam beg tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Jasmin berkata, suspek akan  disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.