Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15 – Bung Moktar

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini membincangkan mengenai usaha untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli MT Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu selesai.

Iklan murah di Sabahnewstoday.

“Mesyuarat tak bincang perkara tidak penting…kita bincang untuk memperkuatkan parti. Parti kuat, kita menang,” katanya.

Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dua Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan ahli MT.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.

– BERNAMA