Media Labuan, Kontraktor G1 jayakan Program CSR Pembersihan Pulau Rusukan

LABUAN : Persatuan Penggiat Media Labuan bersama Persatuan Kontraktor G1 Labuan melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) pembersihan serta pengindahan Pulau Rusukan Besar Labuan.

Program anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zaliha Mustafa.

Dalam program itu Persatuan Penggiat Media Labuan bersama Persatuan Kontraktor G1 Labuan memberikan sumbangan menerusi pembinaan empat meja dan kerusi santai  yang dihasilkan dari batang pokok terbuang.

Dr. Zaliha ketika berucap berkata, program tersebut merupakan inisiatif strategik Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Perbadanan Labuan dan Yayasan Sekarelawan Wilayah dalam usaha melaksanakan aktiviti CSR Program Pembersihan dan Pengindahan Pulau Rusukan Besar.

“Program tiga siri dijalankan setiap hujung minggu bermula pada 8 September lalu memberi fokus kepada aspek kebersihan Dan pengindahan pulau untuk menjayakan industri pelancongan  di Wilayah Persekutuan Labuan menjadi lebih vibrant,” katanya.

Menurutnya, hasil daripada pelaksanaan program CSR ini, Pulau Rusukan Besar dibangunkan semula dengan kemudahan seperti rumah pokok, buaian pantai, kafe, tandas baharu.

Dr. Zaliha berkata, pembinaan jeti baharu juga akan mula dibina pada bulan Oktober ini untuk menggantikan jeti lama yang telah usang.

Lebih 300 Sukarelawan hadir menjayakan program sepanjang tiga siri itu sekali gus memberi nilai tambah kepada industri pelancongan pulau Labuan.

Turut hadir, Ketua Pengarah JWP, Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ruthuan Mohd Ismail, Pengerusi Kontraktor G1 Labuan, Chemat Mustapha dan Bendahari Persatuan Penggiat Media Labuan, Jefferi Nian.