Mayat seorang ibu lima anak ditemukan dipercayai dibunuh ketika keluar mencari nafkah di Lahad Datu

LAHAD DATU: Seorang wanita bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran disyaki dibunuh ketika keluar pergi bekerja di Kampung Pisang dekat sini, semalam.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel di kawasan semak dan polis tidak menolak turut dirogol.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata mangsa merupakan ibu kepada lima anak itu dipercayai keluar dari rumahnya pada jam 6.15 pagi untuk pergi bekerja.

Mayat seorang ibu lima anak ditemukan dipercayai dibunuh ketika keluar mencari nafkah di Lahad Datu

Katanya, mayat mangsa berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira 600 meter dari rumahnya dengan terdapat kesan hentakan objek tumpul di bahagian kepala serta kesan kelar senjata tajam di leher.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul,” katanya.

Beliau berkata polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol.

Rohan Shah berkata, siasatan polis di lokasi kejadian mendapati telefon bimbit serta wang tunai di dalam dompet mangsa juga didapati hilang dalam kejadian itu.

Katanya pihak polis menerima laporan kejadian ini pada jam 8.20 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa menjadi rutin hariannya menggunakan laluan pejalan kaki di sebuah kawasan semak kebun pisang berkenaan untuk pergi dan balik kerja.

Bagaimanapun, katanya, pemilik restoran berkenaan juga menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaannya selepas tidak datang bekerja.