29 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

Masidi: 9 daerah tidak terlibat apabila Sabah beralih ke sistem zon mulai 1 Oktober

KOTA KINABALU: Sembilan daerah akan kekal dengan status sebagai sebuah daerah dan tidak termasuk dalam mana-mana zon apabila Sabah beralih ke sistem zon bermula esok (1 Oktober).

Daerah tersebut ialah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan yang dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district).

β€œIni kerana daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,” jelas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun dalam kenyataan media hari ini.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, peralihan ke sistem zon itu melibatkan 18 daerah yang dibahagikan kepada lima kawasan zon.

Jelasnya, bermula 1 Oktober, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud akan menjadi Zon 1, sementara Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu dalam Zon 2; Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran dalam Zon 3; Lahad Datu dan Kunak dalam Zon 4; dan di bawah Zon 5 adalah Keningau, Tambunan dan Tenom.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles