Mangsa banjir di Penampang meningkat, Satu PPS di buka di Putatan

KOTA KINABALU : Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang yang di buka sejak semalam.

Dalam pada itu, banjir turut melanda Putatan dengan menyaksikan dua mangsa daripada dua keluarga dipindahkan di PPS yang diaktifkan diDewan Sri Putatan pada 1 pagi tadi.

Situasi itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah dari kedua-dua daerah berkendan sebanyak 114 orang daripada 42 keluarga dengan dua PPS dibuka, setakat pagi ini.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan kenaikan paras air, seterusnya menyebalbkan banjir di kawasan sekitar Penampang, Putatan dan daerah berhampiran Kota Kinabalu.