KOTA KINABALU : Seorang lelaki warga emas memandu kereta jenis Toyota Avanza meninggal dunia selepas terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Lintas di sini hari ini.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, kejadian kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.10 petang tadi melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza melanggar kenderaan jenis Toyota Revo serta Lori 10 Tan dan sebuah kereta jenis SUV Lexus RX350.
Katanya, terdapat enam orang mangsa terlibat manakala mangsa lelaki berumur 68 tahun di kenderaan Toyota Avanza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Manakala dua orang mangsa di kenderaan Toyota Revo dan seorang pemandu lori 10 Tan serta dua orang mangsa di kenderaan Lexus tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurutnya, bomba dengan kekuatan 10 anggota serta logistik menamatkan operası pada 2.50 petang selepas memastikan keadaan selamat.