SANDAKAN : Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya melanggar sebatang pokok dalam kejadian kemalangan di Batu 3 Sandakan, di sini awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Penguasa Severinus Sainkui berkata, mangsa berumur 26 tahun tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, mangsa berjaya dikeluarkan pasukan Bomba menggunakan peralatan khas kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian ini kira-kira jam 3.30 pagi tadi kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
“Pihaknya bersama lapan anggota dari Balai Bomba Sandakan diketuai oleh Komander Operasi Rosemidian @ Rosdi Majid berjaya mengeluarkan mangsa berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Severinus berkata, selepas memastikan keadaan selamat operasi ditamatkan pada jam 4.20 pagi tadi.