Lelaki maut kereta bertembung di Semporna

SEMPORNA: Seorang lelaki maut manakala empat individu cedera selepas kenderaan mereka bertembung pacuan empat roda di Jalan Bambu Kuning, di sini, petang semalam.

Menurut Jurucakap Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, berkata mangsa terbabit merupakan penumpang jenis Avanza dipercayai tersepit dalam kenderaan itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Empat mangsa lain lagi berjaya dikeluarkan kemudiannya di hantar orang awam ke hospital sebelum ketibaan pihak bomba.

“Setakat ini maklumat berkaitan keempat-empat mangsa itu masih belum dapat diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera diketuai Pegawai Operasi, PBK II Hajis Marasik dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

“Jarak lokasi kejadian iaitu kita-kira 52 kilometer dari BBP. Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang menerusi talian MERS 999,” katanya.

Bagi memastikan tiada berbahaya di lokasi kejadian pihak bomba menamatkan operasi pada jam 4.20 petang.