KINABATANGAN: Gara-gara ingin lepaskan tali pancing tersangkut seorang lelaki lemas di sebuah tasik di sini semalam.
Kejadian itu berlaku di sebuah ladang apabila mangsa berusia 43 tahun sedang melakukan aktiviti memancing bersama rakan-rakannya ketika cuti perayaan Aidilfitri.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Komander Operasi, PB Jipson Yenbios bergegas ke lokasi kejadian terletak 55 kilometer dari BBP. melibatkan pasukan bersama penduduk kampung menemukan mangsa pada jam 3.06 petang.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian ini pada jam 12.15 tengahari.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Operasi ditamatkan pada jam 3.35 petang.