25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Lebih RM4.25 juta untuk naik taraf Pasar Umum Sandakan, parkir hospital dan Kampung Sim-sim

Hajiji Noor (Gambar fail)

SANDAKAN (Bernama): Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM4.25 juta untuk menaik taraf tiga kemudahan awam di daerah ini.

Ketika mengumumkan peruntukan itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata projek berkenaan melibatkan Pasar Umum Sandakan serta kawasan letak kenderaan Hospital Duchess of Kent (HDOK) dan Kampung Sim-Sim.

“Dengan peruntukan ini, kita berharap keadaan Pasar Umum Sandakan ini akan dapat memberi keselesaan lagi kepada pengunjung dan juga peniaga-peniaga kita di sini. Begitu juga di HDOK dan Kampung Sim-Sim,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar itu, di sini hari ini.

Menurut Hajiji, projek naik taraf Pasar Umum Sandakan itu melibatkan peruntukan lebih RM1.25 juta, manakala naik taraf kawasan letak kenderaan HDOK dan kampung Sim-Sim pula masing-masing bernilai RM1.4 juta dan RM1.6 juta, dan akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata larangan eksport balak sejak pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini pada 2018, masih kekal bagi memastikan bekalan cukup untuk pengilang tempatan, namun pertimbangan akan dibuat jika ada keperluan mengeksport kayu balak pada masa depan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles