Lebih 5,000 warga Labuan sertai himpunan solidariti Untukmu Palestin

LABUAN:  Lebih 5,000 warga Labuan pelbagai lapisan masyarakat dan umur menyertai himpunan Solidariti Untukmu Palestin  yang diadakan di tapak letak kereta Medan Selera dekat sini, pada Ahad.

Program bermula selepas sembahyang Isyak itu dianjurkan Kelab Wanita Sejahtera Labuan dengan kerjasama Kelab Sukarelawan AADK Labuan dan Kelab Pecinta Dua Roda bersempena dengan penganjuran Labuan  International  Bike Week (LIBW).

RIBUAN warga Labuan hadir  sebagai tanda sokongan rakyat Labuan  pada Himpunan Untukmu Rakyat Palestin.

Hadir sama pada perhimpunan yang diluar jangkaan itu ialah Ahli Majlis Kerja  Tertinggi  (MKT) UMNO yang juga Penaung Kelab Wanita Sejahtera Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Pengerusi Kelab Wanita Sejahtera Labuan, Niswati Tarji, Pengerusi Kelab Sukarelawan AADK Labuan, Maraffandie Mohd Kassim, Pengetua Pusat Tahfiz Al-Quran Sri Marinding, Arif Aliskah dan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL) Nazera Roslan.

Majlis tersebut turut dimurnikan lagi dengan persembahan lagu lagu Qasidah oleh pelajar Pusat Tahfiz Sri Marinding dan ceramah solidariti  keamanan untuk Palestin oleh Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Muhammad Shafie Abdul Ghani.

Terdahulu Mohd Rafi  yang berucap pada majlis itu berkata, kehadiran warga Labuan  daripada pelbagai latar belakang  yang berhimpun pada majlis itu menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi mengecam tindakan kejam tentera zionis Israellaknatullah.

“ Ini lah suara rakyat Labuan yang kami bawa  dalam perhimpunan ini supaya kekejaman zionis dapat dihentikan… hari hari kita dengar wanita, anak kecil dan orang awam  yang tidak berdosa di bunuh dengan kejam oleh tentera zionis” jelas Mohd Rafi.