KINABATANGAN: Lebih 5,000 orang membanjiri Dewan Masyarakat Sri Lamag bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jalinan Mesra Aidilfitri Parlimen Kinabatangan diadakan pada isnin lalu.
Majlis diserikan dengan persembahan hiburan oleh artis tempatan itu dihadiri Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin, Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir.
Bung Moktar merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah ketika ditemui selepas majlis ini berkata, tradisi rumah terbula secara tidak langsung menjadi wadah untuk merapatkan hubungan pelbagai kaum di negeri ini .
Menurutnya, era globalisasi kini sudah banyak menjarakan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih sehingga seorang manusia itu tidak lagi bergaul dengan masyarakat di sekeliling.
“ Pada asasnya, kita melihat amalan rumah terbuka bukan sekadar untuk meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka.
“Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Warga kota misalnya, mereka tidak punya banyak masa untuk berkenal kenalan dengan lebih rapat dengan jiran mereka disebabkan kesibukan mengejar masa dan kerjaya” katanya.
Bung Moktar merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah berkata, sudah menjadi amalan rakyat Malaysia tradisi atau amalah rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya,Deepavali dan Tahun Baharu Cina.
“ Hari Raya Aidilfitri misalnya disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan.
“Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat, justeru amalan rumah terbuka, sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan untuk sekurang-kurangnya mengenali jiran mereka” katanya.