Lebih 200 Peserta Jayakan Seminar Antarabangsa Sains Makanan dan Pemakanan UMS

KOTA KINABALU:  Lebih 200 perserta menyertai PersidanganAntarabangsa Sains Makanan dan Pemakanan (ICFSN) 2022 anjuran Fakulti Sains dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, baru-baru ini.

Persidangan yang diadakan secara dalam talian itu memberi tumpuan kepada empat topik utama iaitu produk dan pemprosesan makanan inovatif, keselamatan makanan, keselamatan dan kelestarian, nutrisi dan antropologi makanan, serta gastronomi.

Iklan murah di Sabahnewstoday.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang juga menjalankan fungsi Naib Canselor UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Berucap pada majlis itu beliau berkata, ICFSN2022 merupakansebuah platform bagi pakar – pakar dari seluruh dunia untuk menyebarkan pengetahuan, berkongsi pengalaman, idea-idea baru, dan membincangkan penyelidikan terkini dalam bidang sains dan teknologi makanan, perkhidmatan makanan, dan pemakanan.

“Peganjuran persidangan ini amat bertepatan dan sudah pasti akan memberi manfaat kepada semua pihak apatah lagi ia turut melibatkan interaksi bersama peserta dalam kalangan ahli-ahli akademik antarabangsa.

“Saya juga berharap agar ICFSN2022 menjadi ruang untuk meningkatkan rangkaian kerjasama penyelidikan yang luas dalam kalangan penyelidik, ahli akademik, pelajar pascasiswazah dan penggubal dasar.

“Sekali lagi, tahniah kepada FSMP kerana telah mencapai satu lagi pencapaian penting dengan penganjuran ICFSN2022,” katanya.

Berlangsung selama dua hari, persidangan yang bertemakan “Future Food: Emerging Trends, Health and Diversity” turutmenampilkan lapan pemberi ucaptama antarabangsa.